1.4 Objektif Projek

Objektif utama penghasilan projek pembangunan perisian ini adalah untuk
menghasilkan satu perisian berasaskan CD-rom dengan menggunakan teknologi
Multimedia. Ia akan diguna pakai oleh guru-guru atau pelajar-pelajar tingkatan dua
dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Elektif Pilihan Teknikal),
lukisan teknik bertajuk Hamparan. Secara khususnya objektif kajian ini adalah
seperti berikut;
1.4.1 Membina satu perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu
Komputer (PPBK) bagi tajuk “Hamparan” dalam mata pelajaran elektif
Kemahiran Teknikal Lukisan Teknik, Kemahiran Hidup Bersepadu
Tingkatan Dua.
1.4.2 Menghasilkan perisian PPBK yang mengandungi elemen-elemen
kaedah pembelajaran kendiri.
7
1.4.3 Menghasilkan Perisian yang interaktif dan sesuai mengikut sukatan
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua.
1.4.5 Perisian dapat memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran sub
tajuk hamparan lukisan teknik, Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan
Dua.
Dalam penggunaan aplikasi komputer ini, pelajar akan menggunakan secara
maksimum deria penglihatan dan deria pendengaran mereka di mana mereka akan
melihat paparan atau gambar rajah yang ditayangkan di dalam perisian ini, dan
mendengar setiap arahan yang dikemukakan semasa proses pembelajaran. Ini
menunjukkan bahawa pelajar telah menggunakan kemahiran berfikir dengan
bermakna (mindtools) dalam proses pembelajaran.
1.5 Rasional Projek
Memahami sesuatu pengajaran dan pembelajaran seperti sub tajuk
hamparan ini bukanlah satu perkara yang mudah bagi seseorang pelajar.
Dengan adanya perisian ini, pelajar dapat memahami dengan jelas setiap topiktopik
yang dipaparkan seperti konsep hamparan, jenis lukisan hamparan,
istilah-istilah yang digunakan dan aplikasi lukisan hamparan kaedah selari dan
jejari dalam lukisan teknik. Perisian ini juga dapat membantu pelajar untuk
belajar secara kendiri iaitu belajar mengikut kehendak mereka pada bila-bila
masa yang mereka suka. Ini secara tidak langsung, sedikit sebanyak telah
membantu guru dalam proses pemindahan pengajaran kepada pelajar. Di antara
tujuan perisian ini dibangunkan adalah seperti berikut:
1.5.1 Memberi pemahaman secara jelas dan menarik minat pelajar dalam
sub tajuk lukisan teknik Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
8
Tingkatan dua dengan bantuan penggunaan unsur-unsur tambahan
multimedia
1.5.2 Membantu pelajar dengan mengikuti semua program yang telah
disediakan dalam perisian contohnya penyediaan soalan latih tubi dan
mengikuti pembelajaran dalam tutorial.
1.5.3 Membantu pelajar memahami sub topik hamparan dalam mata pelajaran
lukisan teknik yang susah dengan bantuan animasi.
1.5.4 Membantu guru dan pelajar dalam proses pengulangan isi pelajaran tajuk
hamparan lukisan teknik Kemahiran Hidup Tingkatan Dua pada bilabila
masa.
1.5.5 Sebagai memenuhi tuntutan semasa yang mementingkan penggunaan
dalam teknologi multimedia dalam bidang pendidikan.
1.6 Kepentingan Perisian
Perisian PBK yang dibangunkan ini mempunyai pelbagai kepentingan
terhadap penggunanya. Antaranya ialah:
1.6.1 Guru dapat mengaplikasikan teknologi komputer dengan lebih luas lagi
dalam proses P&P di sekolah.
1.6.2 Pelajar dapat belajar mengikut kehendak mereka di samping dapat membuat
proses pengulangan mengikut kemahuan mereka dansecara tidak langsung,
pelajar dapat belajar secara kendiri pada bila-bila masa.
9
1.6.3 Dapat menarik minat pelajar dengan adanya penambahan elemen-elemen
seperti audio, video, dan montaj perisian seterusnyamereka dapat
meningkatkan tahap pencapaian dengan pembelajaran yang berterusan.
1.6.7 Membantu guru dalam mewujudkan proses P&P dengan lancar seterusnya
dapat meningkatkan mutu pengajaran.
1.6.8 Memberikan peluang kepada pihak sekolah untuk mempelbagaikan bahan
rujukan di pusat sumber sebagai kemudahan kepada pelajar dan guru
1.6.9 Membantu pihak Kementerian Pelajaran dalam mempelbagaikan sumber
bahan perisian multimedia PPBK mata pelajaran teknikal untuk proses P&P.
1.7 Skop Kajian
Perisian multimedia yang akan dibangunkan ini adalah mengikut sukatan
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua dan subjek yang dipilih
untuk dibangunkan adalah subjek lukisan teknik bertajuk hamparan. Isi pelajaran
yang disediakan dalam perisian ini berteraskan Buku Teks Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan 2, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP).
Perisian yang akan dibangunkan ini dikhususkan kepada penggunaan pelajarpelajar
tingkatan dua. Perisian ini digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bertajuk lukisan teknik sebagai bahan bantu
mengajar tambahan yang menarik bagi memudahkan penyampaian dan pemahaman
terhadap isi pelajaran subjek ini kepada pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P).

Wednesday, December 9, 2009

Tazkirah 2
Beramal yang sedikit dengan istiqamah itu adalah lebih baik daripada beramal yang banyak tetapi sekali sekala bila ada masa terluang sahaja.

No comments:

Post a Comment